..

Saturday, July 16, 2011

Temasya Sukan Prasekolah 2011

Tarikh : 16 Julai 2011
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Padang SK Seri Cempaka

Sebanyak 25 acara dipertandingkan dalam temasya sukan ini. Diantara acara-acara tersebut ialah Lari 50m lelaki & perempuan (6 tahun), Lari berganti-ganti 4 x 25m lelaki & perempuan (6 tahun), Lari 50m (5 tahun), Lari berganti-ganti 4x25m (terbuka antara prasekolah, prasekolah lain dijemput untuk menyertai) , acara sukaneka untuk murid-murid prasekolah, sukaneka untuk ibubapa, sukaneka antara anak dengan ibubapa dan lain-lain.

Murid-murid prasekolah dibahagikan kepada rumah kuning, hijau, biru dan merah. Rumah kuning mengungguli kejohanan di mana ia memenangi Johan Keseluruhan dan juga johan pertandingan hiasan rumah sukan. Bagi Johan perbarisan pula dimenangi oleh rumah merah.


baju merah - ketua kontinjen prasekolah (adik Aiman)


pembawa bendera


kontingen prasekolah SK Seri Cempaka


kontingen prasekolah jemputan


perbarisan


menyanyi lagu negaraku, lagu negeri dan lagu sekolah


pasukan pengakap sekolah membuat persembahan kawad kaki dan membantu sepanjang acara dijalankan


adik Aiman - ketua kontingen prasekolah


adik Aiman membaca ikrar sukan


acara lari pecut 50m


acara sukaneka - kasut gergasi


acara sukaneka - lontar pundi kacang


acara sukaneka - bawa bola pingpong dengan sudu


sukaneka bapa - bowling


sukaneka anak dan ibu - isi air dalam botol


perasmian penutup oleh En. Rosli B. Kamarudin (Pen. Pegawai PPD, Prasekolah/Permata)


Friday, July 15, 2011

Menghias Rumah Sukan

Tarikh : 15 Julai 2011
Masa : 3.30 petang
Tempat : Padang SK Seri Cempaka

Aktiviti ini dijalankan oleh guru-guru dan juga ibubapa murid-murid prasekolah. Ia bertujuan untuk menghias rumah sukan dimana Temasya Sukan Prasekolah akan diadakan pada keesokan hari (Sabtu, 16 Julai 2011). Pertandingan hiasan rumah sukan merupakan salah satu acara dalam temasya sukan prasekolah ini.







Monday, July 11, 2011

Program Gigi Cantik






Program ini diadakan untuk menggalakkan murid-murid prasekolah agar menjaga kebersihan gigi mereka. Setiap hari selepas makan pagi, murid-murid prasekolah akan memberus gigi dengan tunjuk ajar guru dan PPM. Jururawat pergigian juga turut hadir ke prasekolah untuk menerangkan tentang kesihatan gigi dan cara penjagaan gigi yang betul.

Saturday, July 2, 2011

Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia










Wednesday, May 11, 2011

Lagu Tema Hari Guru 2011


video



GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA


Bersatu kita menuju paradigma yang baharu
Satu tekad dan harapan menyahut cabaran dunia
Pendidik berkualiti demi mencapai visi
Dengan azam yang murni membentuk akhlak terpuji

Guru mendidik insan dengan setulus hati
Membimbing generasi masa depan
Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
Menjayakan hasrat yang murni Satu Malaysia

Pendidik berinovasi menghasilkan kreativiti
Bersedia hadapi cabaran
Arus tanpa sempadan

Pendidik yang berkualiti
Membentuk akhlak terpuji
Mengimbangkan rohani
Jati diri dan jasmani

Guru mendidik insan dengan setulus hati
Membimbing generasi masa depan
Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
Menjayakan hasrat yang murni Satu Malaysia
Satu Malaysia... Satu Malaysia

Lagu & Lirik : Rosman Adam

Monday, April 25, 2011

CLOTHES theme

1) Printable worksheet











2) Craft - Samurai Hat (refer this link)

HERE



3) Song : Here We Go 'Round The Mulberry Bush

This is the way we wear our shirt
wear our shirt, wear our shirt
This is the way we wear our shirt
so early in the morning

This is the way we wear our socks
wear our socks, wear our socks
This is the way we wear our socks
so early in the morning

This is the way we wear our shoes
wear our shoes, wear our shoes
This is the way we wear our shoes
so early in the morning

(teacher can use other clothes also)

Sunday, March 27, 2011

ACTIVITIES FOR EMOTION THEME


For more activities, please refer this link : HERE



Monday, February 14, 2011

Sambutan Maulidur Rasul

Maulidur Rasul disambut pada hari esok, tetapi SK Seri Cempaka mengadakan sambutan majlis tersebut pada hari ini. Banyak aktiviti dan pertandingan diadakan sempena sambutan kelahiran Rasullullah s.a.w. ini....

video

Selamat Hari Lahir, Arif


video

Arif, dari kelas Prasekolah 3 menyambut hari lahir bersama rakan sekelas....

Thursday, February 10, 2011

Kelas Prasekolah 2011

Prasekolah 1: Cikgu Zue



Prasekolah 2 : Cikgu Rapidah



Prasekolah 3 : Cikgu Lailatul

Selamat belajar....
Semoga anak didik semua berjaya dan menjadi insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara suatu hari nanti...insyaAllah